top of page

WATCH

in the news

8B8A3768.jpg

Shanmugam lancar edisi terkini majalah guaman

Berita Harian

14 July 2018

ISU ehwal semasa Singapura seperti berita palsu, ucapan berbaur kebencian dan naratif alternatif antara kandungan edisi terkini majalah Al-Mizan terbitan Persatuan Peguam Muslim (AML) Singapura.

​

Semalam, naskhah itu dilancar Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam (dua dari kiri) bersama presiden AML Noor Marican (dua dari kanan) dalam majlis ceramah tahunan AML.

​

Turut menyaksikan ialah naib presiden Salehah Johari (kiri) dan bendahari AML Suhara Mohd Said.

​

Majlis itu dihadiri sekitar 200 peserta, terdiri daripada peguam, penuntut, pegawai penguatkuasaan, kaunselor sosial, pendidik serta pemimpin agama dan anggota masyarakat.

​

Encik Shanmugam turut menyampaikan ceramah berjudul Meluaskan Perlindungan bagi Mangsa Lemah dan Perubahan Lain kepada Undang-Undang dan Prosedur Jenayah.

Copyright ©WISEsg. All rights reserved.

bottom of page