Copyright © 2019 WISEsg. All rights reserved.

WATCH

in the news

Pendidikan kunci atasi unsur radikal di ruang siber

Suhaimi Mohsen, Berita Harian

6 September 2016

Usaha membangunkan negara di kalangan masyarakat memberi manfaat dalam rangka memerangi pengganasan – dengan membina kepercayaan, kefahaman dan keyakinan antara masyarakat berbilang kaum dan budaya, serta antara pemerintah dengan rakyatnya.

Pendidikan adalah kunci dalam mengatasi unsur radikal di ruang siber, kata Pengerusi Perhubungan san Maklumat (GPC), Encik Zaqy Mohamad.

Mengulas tentng pelajaran yang boleh ditimba daripada filem dokumentari Jihad Selfie, Encik Zaqy berkata filem itu memaparkan bagaimana radikalisme boleh berlaku secarasendiri atau melalui jaringan sosial.

Maka itu adalah penting memberi asas yang baik kepada anak-anak muda kerana melalui teman atau perguruan mereka, mereka bolhe terdedah kepada elementeologi yang bercanggah dengan pengajaran Islam, kata beliau.

Dokumentari 50 minit itu dihasilkan oleh pembuat filem Indonesia, Encik Noor Huda Ismail. Ia memaparkan jiwa pejuang jihad dan radikalisme siber.

Persatuan Peguam Muslim Singapura (AML) menayangkannya kepada sekumpulan tamu di RELC Sabtu lalu, disusuli dengan perbincangan.

Mengulas lanjut, Encik Zaqy berkata ramai anak muda memiliki telefon bimbit. Mereka boleh melungsuri Internet dan mencari ideologi atau terpengaruh dengan ideologi tidak baik.

“ Kita harus berhati-hati dan prihatin terhadap kerterdedahan itu, prihtin apa yang disebarkan oleh jaringan sosial dan memantau keadaan. Kita harus menolong anak kita dan member mereka sokongan,” kata beliau.

Antara yang dapat dipelajari daripada filem itu, ujarnya, ialah pentingnya sokongan keluarga dan asas pendidikan agama.

Seorang remaja dalam dokumentari itu, bernama Akbar, mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya. Walau terpengaruh, beliau dapat ditarik balik daripada lingkungan pengganasan.

“Kita boleh melihat dua aspek. Pertama, asas didikan agama. Mereka perlu mendalami ilmu pengetahuan. Apa yang dilihat atau dipelajari di Internet harus didalami, nukan diamnil negitu sahaja. Anak kita harus mempunyai elemen berfikir secara kritikal.

“Kedua, sokongan dan bimbangan keluarga penting. Keluarga harus cuba mendekati mereka yang mungkin mempunyai isu dengan ideologi.

“Kadang kala gambaran dari Syrua dan sebagainya menimbulkan sentiment yang menggalkkan mereka melakukan sesuatu. Jika tidak dibimbang dengan baik, mereka mungkin melangkah ke jalan yang bercanggah dengan agama,” jelasnya.

Beliau berharap mesej daripada filem itu dapat disebarkan supaya anak-anak, guru sekolah dan ibu bapa dapat mendalami pemikiran jihad atau psaikologi seorang jihadi, dan dapat mengawal diri kita daripada terpengaruh dengan psaikologi atau ideologi itu.

Menyifatkan perbitan filem itu satu usaha kreatif, beliau berkata wadah yang sama boleh digunajan mengenai pelampau yang telah ditangkap di Singapura, menyelami psaikolgi mereka dan bagaimana menangani isu pengganasan dan pelampau di sini.

“Kita perlu terus mempelajari modus operandi mereka supaya tidak mengalami perkara yang sama.” kata beliau lagi.