top of page

WATCH

in the news

Program nasional bagi perkukuh perpaduan agama dilancar

DALAM usaha berterusan bagi memperkukuhkan fabrik sosial dan perpaduan negara, lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bekerjasama bagi memperkenalkan sebuah program antara agama seluruh negara semalam.

 

Dipanggil 'Common Senses for Common Spaces' (CSCS), program itu akan merang-kumi sesi dialog dan pendekatan yang berpusatkan terhadap pemahaman asas prinsip agama yang berlainan.

 

Wadah dialog dan pendekatan itu, yang dinamakan siri Foundation of Faiths, dimula dengan menampilkan empat agama terbesar di sini iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu, umum Mayor CDC Southeast, Dr Mohamad Maliki Osman.

 

Peserta mempunyai peluang bertanyakan apa saja dan semua yang mereka ingin tahu tentang agama tersebut.

 

Satu laman interaktif di mina peserta boleh memuat-naik soalan dan memantau soalan lain dalam bilik kelompok juga disediakan.

 

Dr Maliki berkata lima CDC itu merancang mengadakan 20 sesi dialog sepanjang tahun ini. Program CSCS itu dilancarkan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan dihadiri tetamu terhormat, Menteri Kebudayaan Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.

 

Dr Maliki, yang juga Menteri Negara Kanan [Ehwal Luar merangkap Pertahanan), dalam ucapannya di majlis pelancaran itu berkata CDC berada dalam kedudukan strategik untuk mendekati dan memudahkan lebih banyak pendekatan antara agama dan kaum demi, memperkukuh fabrik sosial dan menyokong pertahanan awam.

​

"Sudah ada kesan jelas eksklusivisme dalam ruang sosial kita.

​

"Justeru, penting bagi CDC mengadakan wadah selamat, bermakna, praktikal dan berkekalan bagi rakyat Singapura dari setiap latar belakang berkumpul, melibatkan diri, bertukar pandangan, memahami, menghargai dan menerima kepercayaan serta nilai satu sama lain demi memastikan perpaduan sosial kita kekal utuh dan padat," kata beliau.

​

Beliau juga berkata kewujudan damai masyarakat negara ini – meskipun ia negara paling pelbagai di dunia – adalah satu prinsip asas yang telah membentuk Singapura sejak lebih lima dekad lalu.

​

“Ini menjadikannya lebih penting kerana kepelbagaian yang hebat ini dipadatkan dalam satu pulau kecil kita.

​

“Kemajuan Singapura setakat ini dan kemajuan berkekalan menuju ke hadapan telah dan mesti terus berasaskan kepelbagaian perpaduan unik dan berharga ini,” kata beliau.

​

Dr Maliki menambah pemerintah telah melaksanakan beberapa dasar demi mencipta ruang, yang dapat dikongsi bersama oleh rakyat berbilang kaum dan agama.

​

lni termasuk dasar integrasi etnik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB sistem pendidikan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Perkhidmatan Negara (NS) yang wajib bagi golongan adam.

​

Pada 2016, pemerintah juga melancarkan SGSecure, dengan salah satu aspek gerakan itu adalah untuk terus menjalin interaksi, sefahaman, penghargaan dan kepercayaan dalam masyarakat sewaktu damai agar rakyat kekal bersatu dan berdaya tahan jika krisis berlaku.

​

Dr Maliki berkata selain usaha pemerintah, masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka.

​

"Terdapat keperluan sebenar bagi masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab, jawab dan bertindak balas dengan lebih banyak inisiatif masyarakat," kata beliau.

bottom of page