top of page

WATCH

in the news

CSCS Nationwide Launch (Suria Berita)
Play Video

5 Datuk Bandar CDC gabung lancarkan inisiatif perkukuh daya bingkas perpaduan sosial

Emilia Amin, Suria Berita

3 February 2018

Satu inisiatif untuk mengukuhkan daya bingkas dan perpaduan sosial dilancarkan secara kolektif oleh lima Majlis Pembangunan Masyarakat atau CDC hari ini (3 Feb).

​

Program itu mengambil pendekatan masyarakat dalam menyokong gerakan SGSecure, untuk menangani cabaran-cabaran keselamatan Singapura.

​

Datuk Bandar CDC Tenggara Dr Mohd Maliki Osman berkata, CDC berada dalam kedudukan yang strategik sebagai jambatan antara pemerintah dan masyarakat.

​

Oleh itu, program ini katanya, ingin menyediakan wadah untuk masyarakat saling memahami antara agama masing-masing dengan lebih mendalam.

​

Program yang dinamakan ‘Common Senses for Common Spaces’ (CSCS) dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu di SMU petang tadi.

​

Dengan mengenal pasti dan menekankan ciri-ciri persamaan di kalangan masyarakat, ia akan membantu untuk memupuk perpaduan dan keyakinan antara mereka.

​

Program antara agama ini pertama kali diadakan oleh CDC Tenggara di peringkat daerah.

​

Kini diluaskan kepada semua CDC, ia akan dilaksanakan menerusi dua wadah.

​

Pertama, sesi-sesi dialog akan diadakan untuk rakyat dari pelbagai latar belakang dan usia, agar mereka dapat memahami asas-asas amalan agama masing-masing.

​

Kedua adalah dialog berasaskan tema misalnya warna, muzik dan diet, di dalam setiap agama.

​

Dr Maliki, yang juga merupakan Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar berkata, program ini menjadi genting dalam iklim global yang diancam oleh golongan pelampau yang menyalahgunakan agama.

​

"Kelima-lima CDC akan menganjurkan sesi-sesi di mana lebih ramai rakyat Singapura akan diberi peluang untuk menanyakan apa jua yang mereka ingin tahu tentang agama-agama yang dipraktikkan di Singapura ini," jelas Dr Maliki.

​

"Jadi, dengan ini kita harap akan dapat meningkatkan kesedaran, mengisi apakah kekosongan mereka, dengan ini kita dapat memupukkan lagi suatu aspek keharmonian kaum yang lebih baik di Singapura ini," tambah beliau.  

Copyright ©WISEsg. All rights reserved.

bottom of page